1.
Untuk mengkaji tentang
riwayat hidup Ibnu Sina.
2.
Untuk mengkaji tentang
sifat peribadi Ibnu Sina.
3.
Untuk mengkaji tentang
sumbangan Ibnu Sina terhadap peradaban islam di dunia.
4.
Untuk menerangkan tentang
kewafatan Ibnu Sina.
5.
Untuk membuktikan bahawa
Ibnu Sina yang telah memperkembangkan peradaban Islam di dunia.
PENDAHULUAN
Biografi
Ibnu Sina Pada zaman keemasan peradaban Islam banyak sekali para filsuf,
ilmuwan, dan insinyur di Dunia Islam yang menghasilkan banyak kontribusi terhadap
perkembangan teknologi dan kebudayaan, baik dengan menjaga tradisi yang telah
ada ataupun dengan menambahkan penemuan dan inovasi mereka sendiri. Beberapa
tokoh yang hidup di masa tersebut sudah pernah kita bahas kisah dan biografinya
seperti Al Razi, Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun, dan yang lainnya. Kali ini kita akan
membahas tokoh lainnya yang merupakan seorang filsuf, ilmuwan, doktor dan
penulis aktif yang juga lahir di jaman keemasan Peradaban Islam.
RIWAYAT HIDUP
RIWAYAT HIDUP
Nama:
al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina
Dikenali
dibarat: Avicenna
Tarikh Lahir :
Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi
Tempat Lahir :
Afshanah, Bukhara, Turkistan
Bangsa: Parsi
Tarikh wafat : 428
Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan
Usia ketika wafat:
57/58 tahun
IBNU SINA SEMASA
KECIL
Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran
semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun. Kemudian
beliau mempelajari ilmu fekah , tasawuf , ilmu hisab, geometri, falsafah, sains
dan astronomi. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.
SIFAT PERIBADI IBNU SINA
Tekun mempelajari ilmu
Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh
Aristotle sebanyak
40 kali.
Taat beragama
Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau
menghadapi sebarang
kebuntuan dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan
pergi ke masjid untuk memohon
petunjuk daripada Allah.
Pintar
Beliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak berusia 18 tahun.
Berinovatif
Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam
pelbagai bidang
ilmu terutamanya perubatan.
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
- Karya dalam
Perubatan
Beliau banyak
menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’, ‘al-Adwiyah
al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau
diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.
Buku karangannya al-Qanun
Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah
dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden
banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat,
diagnosis dan pembedahan.
Buku al
Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum
dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine.
Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah
menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan
utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut
juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin
dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut
turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali .
Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga
digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis
seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang
menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof.
Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia
Kedoktoran”.
Dalam jangka masa
tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada
abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di
universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku
karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar
perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat
pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris,
dan Oxford University.
Al- Qanun Fit-Tibb juga turut
memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar
mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di
dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus
menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.
Ibnu Sina juga
telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heartyang
mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah
menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk
mengubatinya.
Pencapaian Dalam
Bidang Perubatan
Penemuan penyakit baru dan puncanya
·
pengaruh kuman dalam penyakit
·
jangkitan virus seperti TB
·
Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.
Penemuan dalam bidang farmasi
·
menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit
·
menghasilkan ubat bius
·
membangunkan teknologi perubatan
·
mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan
·
mencipta picagari
Kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan
·
memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis
Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran
Ibnu Sina juga
merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah
buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah.
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Khawarizm, beliau mula menulis
karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi pelbagai
ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau telah melanjutkan penulisannya
dengan menulis buku-buku lain iaitu 116 karya dalam pelbagai bidang seperti
falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains
politik. Karya-karya beliau telah dihimpun oleh Domonican Institute for
Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Dalam pada itu, karya-karya beliau
telah diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab dan
diberi tajuk ‘Muallafat Ibnu Sina’. Jasa Ibn Sina dalam bidang
perubatan dan keilmuan amat dihargai sehingga sebuah institusi pendidikan
di Hungary dinamakan sebagai ‘Avicenna College’.
Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya.
Bidang Geografi
Ibnu Sina juga merupakan
seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai
berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah.
Malahan beliau telah membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan
suatu hipotesis atau teori pada waktu itu, yang gagal dilakukan oleh ahli
Yunani dan Romani sejak dari Aristotles
Bidang Geologi,
Kimia
Sumbangan Ibnu Sina
dalam bidang geologi dan kimia memang tidak dapat disangsikan lagi. Menurut
A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan
(mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Beliau juga meninggalkan
penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam bidang kimia. Menurut Reuben Levy,
Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara
satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan
tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh
Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya adalah
seperti berikut:
1.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
2.Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan)
3.Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
4.Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
5.Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair tentang jiwa manusia.
6.Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku tentang politik.
KEWAFATAN IBNU SINA
Pada tanggal 1 Ramadhan 428 Hijriah, Abu Ali Sina atau yang terkenal dengan nama Ibnu Sina, yang berasal daripada Iran, telah meninggal dunia. Ibnu Sina wafat pada usia ke 58 tahun di kota Hamedan, Iran Barat. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di Tehran pada tahun 1955 M, beliau telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor” untuk selamanya-selamanya. Sebuah monemun sejarah telah dibina di Tehran untuk itu. Makam beliau di Hamdan itu kemudiannya telah dikelilingi oleh makam-makam doktor Muslim lain yang disemadikan di kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian
merasa megah jika jasad mereka dapat dimakamkan di tanah perkuburan yang sama.
DALIL/LAMPIRAN
Dalil
ini adalah yang terindah dari Ibnu Sina dan
yang paling jelas menunjukkan daya kreasinya. Meskipun dalil tersebut
didasarkan atas perkiraan dan khayalan, namun tidak mengurangi kemampuannya
untuk memberikan keyakinan. Dalil tersebut mengatakan sebagai berikut :
“Andaikan ada
seseorang yang mempunyai kekuatan yang penuh, baik akal maupun jasmani,
kemudian ia menutup matanya sehingga tak dapat melihat sama sekali apa yang ada
di sekelilingnya kemudian ia diletakkan di udara atau dalam kekosongan,
sehingga ia tidak merasakan sesuatu persentuhan atau bentrokan atau perlawanan,
dan anggota-anggota badannya diatur sedemikian rupa sehingga tidak saling
bersentuhan atau bertemu. Meskipun ini semua terjadi namun orang tersebut tidak
akan ragu-ragu bahwa dirinya itu ada, meskipun ia sukar dapat menetapkan wujud
salah satu bagian badannya. Bahkan ia boleh jadi tidak mempunyai pikiran sama
sekali tentang badan, sedang wujud yang digambarkannya adalah wujud yang tidak
mempunyai tempat, atau panjang, lebar dan dalam (tiga dimensi). Kalau pada saat
tersebut ia mengkhayalkan (memperkirakan) ada tangan dan kakinya.”
,
Ibnu
Sina juga berpendapat bahawa keadaan sifat manusia akan berubah secara
berterusan sama ada pada masa yang lepas, sekarang mahupun masa akan datang.
Beliau berkata:
“Perhatikanlah wahai orang-orang yang berakal, pada diri kamu hari ini apa yang berlaku sepanjang umur kamu, sehingga kamu dapat mengingati banyak daripada apa yang kamu telah berlaku sekitarnya, maka kamu akan dapati ketetapan itu berterusan, sedangkan badan kamu dan bahagian-bahagiannya berlaku sebaliknya bahkan ia akan layu dan hilang. Oleh yang demikian manusia berhajat kepada pemakanan untuk menyegarkan badannya. Maka jika manusia mengurangkan pemgambilan makanan dalam tempoh yang pendek, berat badannya pasti menurun ¼ , sesungguhnya jika keadaan ini dibiarkan berterusan selama 20 tahun, maka kamu dapati dalam diri kamu tidak ada sesuatu pun dari bahagian badan kamu sedangkan zat kamu terus kekal dalam tempoh tersebut bahkan seluruh umur kamu, jadi zat kamu telah bertukar dari badan kamu dan bahagian-bahagiannya dari zahir dan batin”.
Dari sini jelas bahawa kelakuan seseorang pada masa lepas akan terbawa-bawa hingga ke masa sekarang dan masa akan datang. Inilah dikatakan kehidupan roh kita yang telah ditetapkan sejak sekian lagi. Jika kehidupan ini bergerak dan berubah, maka sesungguhnya ia bergerak pada pangkalnya (permulaan) dan berubah pada ketetapannya. Ini bukanlah suatu ikutan atau tautan tetapi adalah limpahan jiwa yang satu dan daya tarikan tertentu.
“Perhatikanlah wahai orang-orang yang berakal, pada diri kamu hari ini apa yang berlaku sepanjang umur kamu, sehingga kamu dapat mengingati banyak daripada apa yang kamu telah berlaku sekitarnya, maka kamu akan dapati ketetapan itu berterusan, sedangkan badan kamu dan bahagian-bahagiannya berlaku sebaliknya bahkan ia akan layu dan hilang. Oleh yang demikian manusia berhajat kepada pemakanan untuk menyegarkan badannya. Maka jika manusia mengurangkan pemgambilan makanan dalam tempoh yang pendek, berat badannya pasti menurun ¼ , sesungguhnya jika keadaan ini dibiarkan berterusan selama 20 tahun, maka kamu dapati dalam diri kamu tidak ada sesuatu pun dari bahagian badan kamu sedangkan zat kamu terus kekal dalam tempoh tersebut bahkan seluruh umur kamu, jadi zat kamu telah bertukar dari badan kamu dan bahagian-bahagiannya dari zahir dan batin”.
Dari sini jelas bahawa kelakuan seseorang pada masa lepas akan terbawa-bawa hingga ke masa sekarang dan masa akan datang. Inilah dikatakan kehidupan roh kita yang telah ditetapkan sejak sekian lagi. Jika kehidupan ini bergerak dan berubah, maka sesungguhnya ia bergerak pada pangkalnya (permulaan) dan berubah pada ketetapannya. Ini bukanlah suatu ikutan atau tautan tetapi adalah limpahan jiwa yang satu dan daya tarikan tertentu.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan terhadap tamadun Islam terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau seorang yang tidak mengenal putus asa, sebab itulah beliau berusaha bersunggu-sungguh mempelajari sesuatu ilmu dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Ibnu Sina adalah seorang yang berinovatif kerana beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan.
RUJUKAN
-Karya Ibnu Sina
· -- Qanun fi Thib (Canon of Medicine)(Terjemahan
bebas : Aturan Pengobatan)
· -- Asy Syifa (terdiri dari 18 jilid berisi
tentang berbagai macam ilmu pengetahuan)
·
An Najat
· -- Mantiq Al Masyriqin ( Logika Timur)
Rujukan lain:
· -- http://id.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Sina
· --http://kolom-biografi.blogspot.com/2009/01/biografi-ibnu-sina.html
· --internet (google chrome)
· -- buku tamadun islam
· --lect. ustaz faisal dan rakan-rakan
saya minta izin untuk dijadikan sbgai rujukan
ReplyDeleteMinta izin yaa
ReplyDeletesaya minta izin sebagai rujukan
ReplyDeleteadmin, ada yang perlu dibaca
ReplyDeleteTENTANG IBNU SINA SEBENARNYA
https://aslibumiayu.net/10249-ibnu-sina-banyak-kaum-muslimin-yang-kagum-padanya-tahukah-anda-apa-akidahnya.html
SANGAT PENTING
Wow
ReplyDeleteOyeah
ReplyDelete1xbet - No 1xbet Casino | Live dealer casino online
ReplyDelete1xbet is a reliable 1xbet login casino site that offers a https://deccasino.com/review/merit-casino/ great casino games from septcasino the best software providers for the regulated gambling markets. Rating: 8/10 www.jtmhub.com · Review by a Tripadvisor user · Free · Sports